Sunday, March 26, 2017

KOREA - BUSAN - DAY 1 -20 Mac 2017 - 25 Mac 2017 -PERCUTIAN KAMI SEKELUARGA.



HARI 1- KLIA KE BUSAN-20 Mac 2017


Lama dah berangan nak menulis tapi tak berkesempatan. Akak ni memang suka berjalan dah sampai beberapa negara cam Holland- Amsterdeam dan Brussel-Belgium, Mekah n madinah mengerjakan Umrah, Indonesia- jakarta,bandung hampir setiap tahun, Korea masa winter , Singapore ...tapi semua tu dah lupo iternarynya. Paksa diri hari ni untuk share perjalanan kami sekeluarga meneroka bumi Korea Selatan. Ini bukan kali pertama akak ke Korea , dua tahun lepas backpacking dengan adik, kami 2 pasangan ke sana.,.panjang lak mukadimah akak ni.kali ini kononnya nak memburu Cherry Blossom ..tapi malangnya baru nak berputik....nasib le boleh gi waktu cuti sekolah je kan.

Awal-awal lagi akak dah ready pack segala makanan untuk bekal disana...makanan mahal ooo..sangat mahal so agak membazir duit dihabiskan untuk makan. 1 beg penuh dengan makanan...periuk nasi pun bawak you, beras pon ada, serunding, kari ayam tin, brahim nasi lemak, sambal hitam, biskut, coklat..yang paling awsome..sambal ikan bilis mak mertua ku..





ok.. perjalanan bermula dari Klia ke Busan,Korea dengan menaiki Air Asia. Flight kami jam 1.25am...awal -awal lagi dah booking Eden (adik lelaki akak) untuk hantar kami ke Airport...sampai Busan jam 8.30 pagi. Pastikan dah siap-siap isi borang putih dan declaration form yg dibagi semasa dlm flight. Di Busan ni imegresennya tak le teruk sangat..semuanya smooth aje... Memandangkan kami sampai awal pagi, akak dah siap booking hotel n dah bagi tau mereka kami nak check in awal. Akak tempah hotel melalui booking.com, selalunya mereka ni tak pernah kecewakan akak samada dalam atau luar negara. Hotel yang kami duduk ialah Business Hotel Busan Station... jangan confius tau ada satu lagi hotel nama sama iaitu Busan Buisness Hotel... dalam 5 minit jalan kaki daripada Busan station. memang recommended hotel ni..agak mewah n selesa utk backpackers ( 1 malam untuk bilik vip exclusive....nama je gitu ..khas untuk 4 orang tapi kami sumbat 6 orang. dalam bilik macam biasa kat semua hotel seoul..kos hotel RM280 semalam...booking guna kad kredit ye n bayar di sana samada cash dlm bentuk won korea atau kad kredit kita. akak guna kad kredit coz x nak bawak duit cash bebanyak. Sampai aje akak masak nasi dulu..anak -anak dah kelaparan,


Cara nak ke Buisness Hotel Busan Station.


keluar dari Gimhae Airport Busan , ambil gate no 2 atau 3 belok kanan..ada tempat menunggu bas..ambil bas yang ada tulis BUSAN STATION..bas datang tepat pada waktunya ..bayar cash pada pemandu.Kosnya 6000 won seorang bagi dewasa dan 4500 won untuk kanak-kanak.

Jangan risau di setiap station bas ini akan bagi tau... ingat tau turun di Busan Station.. mengadap ke Busan Station jalan ke kiri sikit sampai jumpa tempat lintas jalan dan lintas...pastu ambil kanan...jalan dalam 100 meter akan jumpa exit 2, jalan lagi sampai anda jumpa 1 simpang kecil sebelah kiri anda akn jumpa kedai elektrik LG, belok kiri tu..daripada simpang tu kita boleh nampak kedai GS25, dan jalan terus sampai kat kedai tu..belok kanan dan akan jumpa Buisness Hotel tu..ajummanya sangat baik..nama ei dah tak ingat.


Belanja sikit gambar hotel ye....







abaikan yg bersepah -sepah tu...










ahjuma ni suka sangat kat adam..hansome boy katanya




Jam 12.00 tengahari kami bergerak ke Gamcheon Culture Village ..sebelum tu kami ke Busan Station dulu akak nak nak redeem tiket ktx ke seoul yang dah akak booking dari web site korail.com

harga tiket ada pelbagai ye..akak ambil yang ekonomi je dalam 68,500 won ...jangan salah tau memang ada yang murah tapi standing .jenuh berdiri nanti.....ktx ni laju 3 jam dah sampai ke seoul...

keretapi laju le ni


Busan One Day Pass


Tiba sahaja di Seoul, Mula-mula akak beli Busan one day Pass . harga 4500won sorg satu..sbb kemana aje dalam 1 hari ni kalau nak naik metro subwaynya ..keretapi bawah tanah...boleh guna tiket ni...kecik aje tiketnya..akak beli di mesin kat subway station. cam ne nak ke subway station...depan Busan Station akan ada Metro Subway Station ..turun tangga ke bawah..bawah tanah tau..akan nampak banyak mesin beli tiket..tak tau tekan aje butang merah tu.. kejap lagi datang le orang bantu...


Cara nak ke Gamcheon Culture Village


Daripada subway Busan Station untuk sampai ke Gamcheon Cultural Village Naik metro/subway ke stesen Toseong(Line 1 aliran Sinpyeong). Keluar exit 6 jalan terus sampai simpang dan ke kanan. Di sebelah kanan ada hospital kanser , dan di depan hospital tu akan ada bus stop. Dari bas stop ambil bas no. 2 dan terus ke Gamcheon Cultural Village. Bas tu kecik je dan bayaran untuk ke sana hanya W 1800 pergi balik . akak pakai cash sebab belum beli T- money. Dari bas stop tu dah boleh nampak signboard "Gamcheon Cultural Village" yang terletak di sebelah kiri.










uniknye kawasan perumahan ni ada pelbagai warna...memang cantik.Ambil masa lebih daripada 2 jam untuk meneroka kawasan berbukit ni kalau laratlah...kami meneruskan perjalanan ke Jalgachi Market iaitu kawasan pasar besar yang sangat menarik pelancong..macam -macam jenis hidupan laut.


Cara nak ke Jalgachi Market


akak banyak merujuk kat blog ni....sebab detail penerangannya.... http://saffuanjaffar.blogspot.my/2013/11/bercuti-di-busan-korea-jagalchi-market.html






pelbagai hidupan lain







kalau nak merasa makan makanan laut yang fresh boleh le naik ke tingkat 1.akak tak makan disini pada kunjungan kali ini. sbb ada bawak bekal....boleh tahan gak mahalnya ,trip yang lepas seorang aje makan mencecah RM100...demam terus..kami dah keletihan so balik ke hotel untuk bersolat ,makan n rehat . malam ni nak keluar lagi...


kami sempat beli Strawberry 6000w sepiring..kalau ke korea jangan kedekut nak rasa strawberry ni..memang tak nyesal..manis yooo..husb yang selama ni tak minat nak makan strawberry kalau x bercoklat pun tersentap bila makan strawberry kat Busan ni...sluppp..



dalam perjalanan balik kami mencuba susu pisang ..atau nama gelamournya banana uyu.. beli di kedai GS25..






Selesai urusan di bilik anak-anak dah tak sabar nak keluar..datang jauh -jauh nak duduk bilik? . kami nak ke BIFF(Busan International Filem Festival) dan ke Busan Tower...keluar je hotel..hujan pulak..redah jelah. Jalan nak ke BIFF Square dan Busan Tower sama aje hentiannya dengan nak ke Jalghaci market..kedudukan pintu gerbang BIFF betul-betul bertentangan dengan lorong jalgachi Market..kami hanya guna Busan One Day PASS naik metro...













nampak gerbang tu...dah sampai le tu..banyak ahjuma berdagang makanan kat sini..terliur gak tengok..nak cuba tak berani....sabar ye.

Kami meneruskan perjalanan ke Busan Tower, hari semakin gelap...cabaran betul berjalan dalam hujan ni ..sesat ..tapi dalam sesat tu kami enjoy melalui lorong -lorong yang penuh dengan kedai-kedai menarik...Biasalah Aniq nampak aje kedai adidas dah tak tentu arah...akak doa dia tak minta belikan kasut ...kalau tak...terbang le duitku...


Cara nak ke Busan Tower


Busan Tower ni terletak di Yongdusan Park. Dari Bujeon je Busan Tower naik metro Line 1 ke Nampo Station, Exit 7 ke Yongdusan Park. Kena jalan sikit dalam 350m ikut Gwangbok-ro Street ke Yongdusan Park. Lepas tu akan jumpa eskalator.










Naik je.Naik ke Busan Tower bayaran untuk 16 tahun ke atas ialah 4000 Won. 3-15 tahun pula 3500 Won. akak dan keluarga tak sempat naik sebab sampai aje, dah tutup...di sekitar pun dah cantik pemandangan suasana malam di Busan...kaeadaan cuaca amat sejuk, Bebey mengigil tak tahan so kami cepat-cepat turun. yang seksanya nak ke Busan Tower ni..kalau naik ada eskelator..turun menapak ye 217 anak tangga..habis lemak akak....suka


so..macam tulah perjalanan akak seharian ni..esok pagi- pagi dah nak ke seoul..untuk yang nak melawat Busan sekurangnya 2 hari dapat le nak cover banyak sikit..memandangkan perjalanan kami agak singkat ..cukuplah sampai setakat tu aje.


Budget

flight klia busan- Seoul - Klia...RM1700.00

Bilik 1 family....RM280 semalam

hari 1 Busan (seorang)


Bus dari Airport ke Hotel 6000won

Busan One day Pass 4500won

Bas ke Ghamcheon Culture Village 1800won pergi balik

susu pisang 1300won


Jumlah seorang 13600won



ok..terima kasih baca blog akak ni..nanti akak sambung perjalanan hari seterusnya....bye


sambungan ://noraazlinao.blogspot.my/2017/03/percutian-kami-sekeluarga-ke-korea_27.html

8 comments:

  1. Salam Kak,

    Terima kasih atas perkongsian tips yang sangat membantu!

    Saya Saiful dari www.Naracards.com, travel independently iaitu sebuah travel guide yang menggalakkan orang ramai bercuti ke Korea secara sendiri/independent.

    Saya tertarik dengan perkongsian menarik di blog ini dan ingin menjemput tuan/puan menyertai program affiliate Naracards di http://www.naracards.com/affiliate.html

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Blog yang bagus.... semoga terus berkembang... Saya ingin berbagi artikel tentang Castello Sforzesco di Milan di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/02/milan-di-castello-sforzesco.html
    Lihat juga vlog di youtube https://youtu.be/78pAFuUkfig

    ReplyDelete
  3. Menarik .thanks for sharing.

    www.vitamindocket.com

    ReplyDelete
  4. Salam. Kak Nora salam perkenalan. cuaca kat sana bulan mac masih sejuk ke? plan nak ke sana tahun depan. Ada kata tak perlu bawak winter coat ada kata kena bawa sebab masih sejuk even dah masuk musim bunga. mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam dik...tahun ni 2018 akak pergi bulan March..walaupun musim bunga tiba tiba salji turun....so bawalah baju tebal

      Delete

COUPLE RIDE ; CAMERON HIGHLAND , PAHANG , MALAYSIA

 Covid-19 membataskan pergerakkan bila sis tak mampu untuk melaksanakan impian melancong di tempat-tempat yang di senaraikan. Namun hikmahny...